Book Title: Physical Geography

Download this book
Book Description:
Geografi fizikal (juga dikenali sebagai geosistem atau fisiografi) ialah salah satu daripada dua subbidang utama geografi. Geografi fizikal ialah cabang sains semula jadi yang berkenaan dengan proses dan corak dalam persekitaran semula jadi seperti atmosfera, hidrosfera, biosfera, dan geosfera, bertentangan dengan persekitaran budaya atau persekitaran terbina, domain geografi manusia. Dalam geografi fizikal, Bumi kerap dipisahkan sama ada kepada sfera atau persekitaran, dengan sfera utama merupakan atmosfera, biosfera, kriosfera, geosfera, hidrosfera, litosfera dan pedosfera. Penyelidikan dalam geografi fizial kerap bersifat antara disiplin dan menggunakan pendekatan sistem.
Contents
Book Information
Book Description
Sains alam sekitar ialah kajian tentang saling bertindakbalas antara juzuk-juzuk fizik, kimia, dan biologi di dalam alam semula jadi. Tumpuannya adalah kepada pencemaran dan kemerosotan persekitaran yang diakibatkan oleh kegiatan-kegiatan manusia, serta kesannya terhadap biokepelbagaian.
Sains ini juga mengkaji kemampanan alam sekitar terhadap pembangunan, baik tempatan mahupun sejagat. Sains alam sekitar memang merupakan satu bidang antara disiplin yang bukan sahaja memperoleh bahan-bahan pengetahuannya daripada bidang-bidang sains teras, tetapi juga daripada kajian-kajian bukan sains seperti ekonomi, undang-undang, dan sains sosial. Fizik dipergunakan untuk memahami fluks saling tindak antara bahan-bahan dan tenaga, serta untuk membina model-model matematik bagi fenomena-fenomena alam sekitar. Kimia digunakan untuk memahami saling-saling tindak molekul dalam sistem-sistem alamiah, manakala biologi merupakan asas untuk memerihalkan kesan-kesan dalam alam tumbuhan dan haiwan. Walaupun konsep sains alam sekitar telah wujud berabad-abad lagi, konsep ini baru menjadi sebuah bidang penyelidikan saintifik yang aktif pada dekad 1960-an dan 1970-an setelah didorong oleh: 1. keperluan untuk sebuah pasukan berbilang disiplin yang besar untuk menganalisis masalah-masalah alam sekitar yang rumit; 2. ketibaan undang-undang alam sekitar substantif yang memerlukan protokol-protokol penyelidikan alam sekitar yang tertentu; dan 3. kesedaran awam yang semakin bertambah terhadap keperluan untuk mengambil tindakan tentang masalah-masalah alam sekitar.
License
Physical Geography Copyright © 2024 by ang kean hua is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License, except where otherwise noted.
Subject
Physical geography and topography