4 SASTERA LISAN: BERBENTUK BUKAN NARATIF
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (seloka irama Pak Pandir) NURMI SYAKIMI NOVEL is licensed under CC BY 4.0
Pantun PENDEKAR MELAYU is licensed under CC BY 4.0
Sastera yang bukan berbentuk naratif ialah seperti peribahasa (pepatah, bidalan, perbilangan dan perumpamaan), teromba, nyanyian rakyat (folksongs), ungkapan adat (perbilangan adat), pantun, mantera, dzikir/zikir, teka-teki, seloka, gurindam, bahasa berirama dan sebagainya.
Perkataan yang berasal daripada baha Minangkabau yang bermaksud ‘salasiah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem’. Teromba merupakan sebuah bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba juga adalah berbentuk bebas, tidak panjang dan rangkapnya tidak tetap. Bentuk rangkap teromba pula boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Selain itu, teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Barisnya juga sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan atau perbandingan. Contoh teromba:
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
(Kamus Kesusasteraan, 2015:371)
Talibun (juga dikenali sebagai sesomba)
Bentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama. Biasanya terdiri daripaada melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Tidak hanya itu, puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan dan babak yang biasanya terdapat dalam cerita penglipur lara. Tlibun juga merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam bentuk yang tidak teratur dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan.
Dari jauh menjung duli,
Sudah dekat langsung menyembah,
Terangkat kadam jari sepuluh,
Kuncup bagai slaur bakung,
Jari bagai susun sirih.
(Kamus Kesusasteraan, 2015: 355-356)
Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud ‘rumus yang berentak’ atau ‘chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas‘. Salah satu bentuk puisi Melayu tradisional yang terawal dicipta oleh manusia namun longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Ketika diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa magis atau ghaib yang bertujuan untuk pensihiran dan pembomohan. Mantera juga merupakan rumus suci Hindu yang mengandungi ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Tidak dinafikan bahawa terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza penggunaan dan tujuannya. Contohnya, mantera pemanis:
Kain peta limau manis,
Mari kulipat di dalam talam,
Bagai kain pakai manis,
Seperti asam dengan garam.
(Kamus Kesusasteraan, 2015: 221)
https://www.heritage.gov.my/my/sastera-lisan?format=html
Kamus Kesusasteraan. 2015. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Kamus Kesusasteraan. 2015. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Juga dikenali sebagai formula magis, jampi atau sihir (Kamus Kesusasteraan, 2015: 220)