About The Book

Kesusasteraan ialah hasil seni yang lahir dengan keindahan bahasa. Hakikatnya, hasil-hasil karya sastera yang memiliki nilai estetika pada dasarnya meletakkan setiap perkataan tepat dan sesuai bunyinya menurut tatabahasa. Seiring dengan perkembangan teknologi dan pemodenan hari ini, tidak menjadi penghalang dalam usaha mengekalkan estetika sastera Melayu tradisional untuk terus dikenali sepanjang zaman.

Buku ini membincangkan secara asas aspek yang perlu difahami dalam Kesusasteraan Melayu: Satu Pengenalan menerusi definisi, jenis-jenis dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu tradisional dan moden secara ringkas. Demikian dengan melihat perkembangan hasil sastera sehingga hari ini, mempunyai satu rentetan sejarah yang panjang dalam pertumbuhannya. Walau bagaimanapun, dalam penulisan ini hanya menumpukan kesusasteraan Melayu secara umum dan tidak membincangkan dari aspek penulisan sejarah secara terperinci.