23 Rumusan
Etika adalah salah satu cabang dalam falsafah moral yang berkaitrapat dengan perlakuan atau perbuatan sesorang dalam mengendalikan sesuatu keadaan, situasi atau cabaran. Menjalani kehidupan yang beretika memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada orang sekeliling (Ateerah & Zuriati, 2023). Perlu diketahui bahawa perbincangan teori-teori etika dan moral berasaskan falsafah moral telah lama dicetuskan sejak zaman Yunani melalui ahli-ahli falsafah terkenal seperti Socrates, Aristotle dan Plato. Prinsip utama yang menjadi garis panduan kepada pemikiran teori etika dan moral tersebut adalah pemikiran rasional (Mohd Zain, 2023). Ringkasnya, falsafah dan pemikiran merupakan salah satu komponen yang membentuk etika.