16 Rumusan

Kesimpulannya, metafizik memainkan peranan penting dalam merungkai hubungan antara manusia, alam, dan Tuhan dalam konteks falsafah. Ia melibatkan pemahaman terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan melampaui batasan fizikal. Dalam perspektif falsafah, metafizik merupakan kajian abstrak tentang fenomena alam dan hubungan abstrak seperti sebab dan akibat. Manakala dari sudut pandang keagamaan, makna metafizik terlihat melalui dua perspektif – falsafah dan keagamaan. Pentingnya metafizik dapat dilihat melalui perbincangan mengenai teori materialisme dan idealisme. Teori-teori ini merangkumi pandangan berbeza tentang kewujudan sesuatu benda atau idea, dan bagaimana realiti dilihat dari perspektif material atau mental. Selanjutnya, dalam konteks keagamaan, muncul pemahaman Atheisme, Theisme, dan Agnostisisme yang membincangkan aspek kewujudan Tuhan.

Dalam perbahasan yang menyokong kewujudan Tuhan, hujah Kosmologi, Teleologi, dan Ontologi memberikan pandangan  berbeza namun mempunyai matlamat sama dalam meyakini kewujudan Tuhan. Sebaliknya, hujah Permasalahan Kejahatan mencabar kewujudan Tuhan dengan fokus melihat ketidaksesuaian antara kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dengan kewujudan kejahatan di dunia.

Secara keseluruhannya, pemahaman tentang pelbagai sistem metafizik dapat membantu manusia dalam membuat penilaian ilmiah tentang kebenaran. Pemahaman tentang metafizik juga sesungguhnya memberikan landasan yang merentasi konsep-konsep abstrak dan kompleks dalam falsafah dan keagamaan. Hal ini membantu manusia untuk merenung dan membuat penilaian ilmiah mengenai hakikat kewujudan serta hubungan antara manusia, alam, dan Tuhan.

License

Icon for the Creative Commons Attribution 4.0 International License

Asas Pemikiran Falsafah Copyright © 2024 by Habibah Artini Ramlie is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License, except where otherwise noted.

Share This Book