11 Rumusan
Secara kesimpulannya, logik merupakan cabang falsafah yang berperanan penting dalam membantu manusia membuat inferens dan penyelidikan bagi mencapai kebenaran. Asal usul perkataan ‘Logik’ menunjukkan kaitannya dengan idea dan alasan. Ia melibatkan cara berfikir dan membuat kesimpulan mengenai sesuatu perkara di samping menganalisis kebenaran dan penerimaan sesuatu hujah.
Konsep logik melibatkan premis-premis yang membentuk kesimpulan menerusi pernyataan umum dan khusus. Pernyataan umum cenderung bersifat terbuka, manakala pernyataan khusus memberikan fakta untuk menyokong hujah. Namun, masalah timbul apabila terdapat ketidakpastian terhadap kebenaran premis. Ia memerlukanpenghujahan dan penghujahan dalam logik terbahagi kepada kaedah deduksi, induksi, dan abduksi. Setiap kaedah ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Kaedah deduksi terikat dengan teori sedia ada, manakala kaedah induksi bersifat umum. Kaedah abduksi pula memberi penjelasan ‘berfikir ke belakang’ untuk mencapai kesimpulan. Dalam perbincangan tentang aspek logik, pemahaman dan penguasaan terhadap ketiga-tiga kaedah ini memainkan peranan penting bagi membentuk hujah yang kukuh dan berkesan.