9 Penghujahan dalam Logik

Terdapat beberapa kaedah penghujahan dalam logik (P.D. Magnus et al. 2020). Antaranya adalah kaedah induktif (Marcus Weeks et al, 2019). Kaedah induktif melibatkan kaedah berfikir daripada khusus kepada umum dan mencipta teori berdasarkan fakta. Dalam kaedah induktif, seseorang itu berfikir dengan melihat dan menganalisis fakta yang sedia ada sebelum membuat hipotesis. Ia bertujuan untuk menerangkan perkaitan di antara fakta sedia ada dan kesimpulan yang dibuat sentiasa bersifat umum. Contohnya;  Premis I : A adalah manusia. Premis II : A akan mati. Jadi kesimpulannya, semua manusia mati.

Kaedah seterusnya adalah kaedah deduktif (Marcus Weeks et al, 2019). Kaedah deduktif melibatkan kaedah berfikir daripada umum kepada khusus dengan menggunakan teori untuk memahami situasi tertentu. Kaedah deduktif menjadikan seseorang terikat dengan teori sedia ada dan menghalang seseorang daripada menghasilkan prinsip umum yang baru. Kaedah deduktif tidak menjamin ilmu pengetahuan yang benar kerana ia hanya dapat memberi pengetahuan yang sah sahaja. Benar atau tidaknya sesuatu fakta atau perkara tidak boleh ditentukan oleh kaedah ini. Contohnya; Premis I : Semua manusia mati. Premis II : A adalah manusia. Jadi kesimpulannya, A akan mati.

Manakala kaedah abduktif melibatkan proses penaakulan dengan memilih hipotesis yang dianggap benar dan dapat menjelaskan sesuatu perkara berdasarkan bukti-bukti yang relevan. Dalam kaedah abduktif, kesimpulan cuba dibuat bagi menjelaskan mengapa sesuatu perkara itu berlaku dengan cara ’berfikir ke ke belakang’ atau thinking backwards. Contohnya; Premis I : Semua manusia mati. Premis II : A akan mati. Jadi kesimpulannya, A adalah manusia. Setiap kaedah ini masing-masing kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri menerusi pendekatan yang berbeza dalam pembentukan kesimpulan dalam perbincangan tentang aspek logik.

Uji Kefahaman Anda

License

Icon for the Creative Commons Attribution 4.0 International License

Asas Pemikiran Falsafah Copyright © 2024 by Habibah Artini Ramlie is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License, except where otherwise noted.

Share This Book