21 Maksud Etika

Etika berasal dari bahasa Yunani iaitu ethos dan ethikos. Dari aspek etimologi, ethos merujuk kepada sifat, watak, adat, kebiasaan, lingkungan yang baik, sikap atau peribadi (Kamal Azmi, 2015; Muhammad Azhar, 2024). Etika bermaksud ilmu tentang prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan (Mohd Zain, 2023). Ia adalah sesuatu yang muncul dari kebiasaan iaitu aktiviti  yang  dilakukan  secara  berulang  dan  menjadi  lebih  mudah  dilakukan. Manakala ’ethikos’ merujuk kepada adab atau  perilaku  yang  baik (Muhammad Azhar, 2024). Oleh itu, etika  pada  dasarnya  membicarakan tentang norma-norma  dan  nilai-nilai yang membentuk perilaku yang baik dan benar dan sejauhmana ia dapat difahami oleh pemikiran manusia (Mohd Zain, 2023; Muhammad Azhar, 2024).

License

Icon for the Creative Commons Attribution 4.0 International License

Asas Pemikiran Falsafah Copyright © 2024 by Habibah Artini Ramlie is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License, except where otherwise noted.

Share This Book