24 Konsep Politik
Politik berkaitrapat dengan aspek kebebasan, keadilan, persamaan dan hak (Andrew Heywood, 2017). Perkataan politik berasal dari bahasa Yunani iaitu polis yang merujuk kepada ’kota yang memiliki status negara’. Istilah politik didefinisikan sebagai satu siri kegiatan yang bertujuan untuk merumus dan melaksanakan tujuan-tujuan dari suatu sistem. Secara keseluruhan, politik adalah kajian tentang kekuasaan merangkumi hubungan antara sesama warganegara (rakyat), antara warganegara dan negara serta serta hubungan antara negara. Dalam pengertian yang lebih umum, politik mencakupi kepelbagaian kegiatan dalam suatu sistem politik atau negara yang berkaitan dengan proses menetapkan dan menjalankan tujuan sistem tersebut. Kegiatan tersebut meliputi i) pengambilan keputusan (berkaitan dengan penetapan tujuan sistem tersebut) serta ii) kebijaksanaan awam (merangkumi sumbangan dan nilai-nilai dalam masyarakat. Untuk memanifestasikan kebijaksanaan tersebut, suatu kuasa diperlukan bagi tujuan koordinasi kerjasama dan menangani konflik yang timbul. Politik juga berkaitan dengan pendekatan untuk menganalisis fenomena politik dalam masyarakat (Muhammad Azhar, 2024). Ringkasnya, politik berperanan sebagai sebuah sistem kepimpinan untuk mentadbir kehidupan manusia yang didasari oleh falsafah pemikiran. Falsafah melahirkan ideologi berpandukan akal fikiran yang rasional dalam menentukan bentuk organisasi sosial dan sebagainya.
Uji Kefahaman Anda