8 Konsep Hujah
Hujah adalah sesuatu yang terdiri daripada dua bahagian dalam pernyataan iaitu bahagian pertama yang dipanggil premis. Premis menyokong kesimpulan sebagai bahagian kedua dalam pernyataan tersebut. Jadi hujah merujuk kepada premis dan kesimpulan. Menurut Douglas N. Walton (1990), maksud dan konsep hujah sebenarnya tidak dapat dinyatakan secara jelas. Ia lazimnya dibincangkan selari dengan konsep sebab namun hujah dan sebab juga mempunyai karekter berbeza bergantung kepada sejauh mana penilaian dilakukan terhadap kedua-dua perkara tersebut. Oleh itu, logik adalah kajian mengenai kaitan antara premis dan kesimpulan sama ada kesimpulan dirumuskan secara betul ataupun secara sah daripada premis-premis yang dikemukakan berpandukan hujah ataupun sebab.