17 Konsep Epistemologi

Falsafah sebagai satu bentuk pemikiran reflektif berperanan membimbing kita dalam memahami aspek asas kehidupan. Dalam kerangka falsafah, idea dicipta daripada sumber pengetahuan seperti pengalaman, sebab, dan autoriti. Cabang falsafah yang menyiasat sifat ilmu pengetahuan disebut sebagai ’Epistemologi’. Epistemologi membincangkan teori-teori ilmu, sifat-sifat ilmu, syarat-syarat yang membolehkan sesuatu itu dianggap sebagai ilmu, batasan-batasan ilmu serta kaedah bagaimana memperoleh ilmu pengetahuan. Epistemologi penting untuk pemahaman tentang satu persoalan utama iaitu ’Bagaimana kita mengetahui sesuatu?’ Dengan merujuk kepada epistemologi untuk menjelaskan prinsip-prinsip ilmu, falsafah didefinisikan sebagai ilmu yang mengkaji hakikat dan makna kehidupan manakala epistemologi berfungsi sebagai landasan untuk memahami dan menafsirkan realiti.

Epistemologi menggunakan istilah ’ilmu’ untuk merujuk kepada pengetahuan yang diperolehi menerusi penggunaan kaedah, metodologi dan pendekatan sistematik. Epistemologi dan falsafah berfungsi bersama dalam menyediakan asas untuk memahami etika, nilai, dan prinsip yang menentukan tingkah laku manusia. Kedua-duanya menjawab persoalan asas tentang kewujudan dan tujuan hidup manusia. Asas perbincangan mengenai ilmu adalah mengenai sesuatu kepercayaan yang berasaskan kebenaran.

definition

License

Icon for the Creative Commons Attribution 4.0 International License

Asas Pemikiran Falsafah Copyright © 2024 by Habibah Artini Ramlie is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License, except where otherwise noted.

Share This Book