13 Teori Kewujudan dalam Metafizik
Metafizik memerlukan dasar untuk memahami sifat kewujudan segala objek dan perkara yang berlaku dalam alam. Oleh itu, terdapat dua teori berbeza tentang aspek kewujudan yang dibincangkan dalam bidang metafizik iaitu teori materialisme serta teori ideaalisme. Teori materialalisme menjelaskan bahawa hanya benda atau material yang jelas seperti alam semulajadi yang memiliki kewujudan sejati. Kewujudan ini diterima tanpa pertanyaan kerana kejadian alam bersifat material dan boleh dilihat. Namun, hal berbeza terjadi pada hal-hal yang tidak bersifat material seperti idea dalam pikiran manusia. Idea tidak bersifat fizik, tetapi kewujudannya diakui. Justeru para materialalis menjelaskan bahawa idea tidak memiliki realiti sebaliknya bergantung pada sifat yang bersifat material, iaitu otak manusia dan fungsinya.
Teori ideaalisme, di sisi lain, adalah berlawanan dengan pandangan materialalis. Teori idelaisme mejelaskan bahawa realiti tidak bersifat material dan tidak wujud bersendirian (Hashim, 2001) melainkan bersifat mental atau spiritual atau hanya gambaran akal (Abdul Latif, 1993). Menurut tokoh seperti Josh Barkeley, manusia tidak dapat mengenali objek di luar panca indera secara langsung. Dengan kata lain, semua pengalaman hanyalah idea (Abdul Latif, 1993). Situasi ini membuka pintu bagi keyakinan spiritual berpandukan tanggapan bahawa realiti tidak bersifat fizik. Oleh itu, konsep asbtrak seperti roh diterima kerana roh tidak bersifat material tetapi difahami oleh pemikiran menerusi aspek rohaniah atau spiritual tanpa melibatkan material.