7 Maksud dan Konsep Logik
Logik adalah salah satu cabang falsafah yang sangat penting. Perkataan ‘Logik’ berasal daripada bahasa Yunani, iaitu ‘Logos’ yang bermaksud idea atau alasan. Logik melibatkan kajian kebenaran sesuatu melalui inferens atau penyelidikan. Ia merujuk kepada cara berfikir dan membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara. Pentingnya mempelajari ilmu logik adalah untuk memahami hakikat sesuatu dan mampu menganalisis kebenaran serta penerimaan sesuatu perkara, sama ada sesuatu itu benar atau salah, diterima atau tidak.
Logik melibatkan penghujahan yang betul dan terdiri daripada premis-premis yang membentuk sebuah kesimpulan (P.D. Magnus et al. 2020). Premis dalam ilmu logik adalah asas penghujahan yang dibahagikan kepada pernyataan umum dan pernyataan khusus. Pernyataan umum seringkali tidak kukuh dan boleh dipertikaikan. Ia biasanya bersifat terbuka dengan kesimpulan yang mungkin tidak tepat. Berbeza dengan pernyataan khusus, ia merujuk kepada usaha memberikan fakta untuk menjelaskan apa yang diperkatakan. Pernyataan khusus memberikan fakta untuk menjelaskan sesuatu bagi mengelakkan sesuatu premis itu bersifat terbuka dan boleh dipertikaikan. Namun masalah yang timbul ialah ketidakpastian kebenaran premis. Oleh itu, penghujahan kebenaran premis dibahagikan kepada kaedah induksi, kaedah deduksi dan kaedah abduksi.
Kajian yang merujuk kepada cara berfikir dan menghasilkan kesimpulan